Today my 1st day/time jumpa@consult gan Dr Adilah Ahmat Pakar O&G dalam bidang Fertility kt
Setelah hampir 6bln xcheckup..oh..lamanya..B4 ni aku checkup gan doc lain tp cm xda apapn..so,baik aku try doc lain plak..usaha tangga kejayaan kan..Lps doc dh study my previous problem, tanya pong pang pong pang itu ini itu ini dia pn check peranakan aku guna ultrasound...sedihnya aku masa dia tunjuk kt monitor..penyakit lama aku tu ada lg..huhu..dia kata patut penyakit aku lps operation kena mkn ubat kesuburan tp doc lama aku xda bg pn..huhu..sedihnya patutla xlekat2..2thn tau..lama tu klu dh lekat masa tu anak pn dh bleh berlari..
Baik doc adilah ni..lemah lembut je dia ckp..dia pn explain kt aku apa problem aku n kaedah/langkah2 yg dia nk buat utk aku bleh conceive.utk appointment kali ni aku kena buat blood test utk check keadaan hormon n bg balance blk..adoi..kena cucuk amik darah plak..tp gua apa kisah,dh lali bab cucuk2 amik darah ni beb..maklumla dh byk kali kena.. kata org alah bisa tegal biasa..eh btoi ka peribahasa aku tu??hihi..
Adoi..sakit....
Kt sini aku story skit pasai penyakit aku ni..harap sapa yg bermasalah mcm aku ni bleh amik tindakan cm aku..nama penyakit aku ni Polycystic ovarian disease atau PCOS. Sila baca artikel kt bawah yg aku CP dr http://portal.alamhamil.com
rupa PCOS dalam ovari
image melalui ultrasound
Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
Polycystic Ovari
Next appointment akan tau result blood test n tindakan selanjutnya by doc..till then see ya...
Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat. Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
Polycystic Ovari
Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
Next appointment akan tau result blood test n tindakan selanjutnya by doc..till then see ya...

.jpg)

.jpg)


